Insomnia
Mataku terkelip-kelip
Lidahku kelu
Dalam kegelapan yang hening
Nafas helaku berirama
Ah sudah mula la itu,
Getus suara hatiku, merana
Kerana saat itu fikiranku
Adalah anak kecil hinggar-binggar
Kesana-kemari menari berjoli
Sungguh bercelaru!
Waktu itulah juga idea menarik tiba
Ketika itulah juga terkenang peristiwa dulu
Ah resahnya rasa!
Mataku begitu kuyu
Meskipun begitu, dipaksa sekalipun
Mindaku tidakkan mengalah!
Saat mulai terlelap
Tatkala itu azan Subuh bergema
Dengan hati yang gundah gulana
Dengan mata yang kelat
Ku terpisat-pisat
Melangkah keluar kamar